Dee Qama Enterprise merupakan syarikat perkongsian bumiputera yang menjalankan perkhidmatan binaan bumbung besi bergalvani 'truss' atau "GI Truss Roofing System".
Sebagai syarikat berdaftar dengan SSM dan CIDB, Dee Qama mula berjinak-jinak di dalam perkhidmatan ini sekitar 2009. Sehingga kini, Dee Qama mempunyai 6 orang pekerja mahir dan separuh mahir yang bekerja secara sepenuh masa serta mempunyai caruman PERKESO.
Sehingga Jun 2010, lebih 25 projek kecil bernilai RM2,000 hingga RM50,000 telah berjaya disiapkan. Di peringkat permulaan ini, syarikat hanya mampu menjalankan dua atau tiga projek kecil secara serentak.